Sumbangan Makanan Kepada Keluarga Pelajar Semasa PKPB

Setelah kes wabak Covid-19 di Selangor menunjukkan penambahan yang mendadak, PKPB mula dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Beberapa keluarga pelajar yang merupakan pekerja sambilan harian mula mengalami kesukaran dalam ekonomi.

Persatuan Kebajikan Sosial dan Pendidikan Progresif mula memberi sumbangan makanan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan untuk mengharungi cabaran ekonomi dan wabak Covid-19.

#kitajagakita


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *